Showing posts with label PENGURUSAN SEKOLAH. Show all posts
Showing posts with label PENGURUSAN SEKOLAH. Show all posts

Saturday, January 9, 2016

Projek Tuisyen Johor Corporation

Alhamdulillah bagi sesi persekolahan 2016, SK Parit Jawa, Muar sekali lagi mendapat tajaan Program Tuisyen  anjuran Johor Corporation. Penyerahan sijil telah dijalankan di Jabatan Pelajaran Negeri Johor pada 9 Januari 2016. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua guru SKPJ.




Thursday, February 12, 2015

Kejohanan Olahraga dan Balapan SK Parit Jawa

Pada 12/02/2015 (Khamis), Kejohanan Olahraga dan Balapan peringkat sekolah telah diadakan. Kejohanan telah dirasmikan oleh En Zulkipli, YDP PIBG SK Parit Jawa. Pelbagai acara telah dipertandingkan termasuklah tarik tali ibu bapa dan guru. Diharap program sebegini dapat merapatkan lagi hubungan silaturahim antara ibu bapa dan guru...






Sunday, January 18, 2015

Pertandingan Menghias Kelas

Antara kelas yang dihias dengan cantik dan menarik...







Antara guru kelas yang telah memenangi pertandingan menghias kelas...








TAHNIAH DAN SYABAS DIUCAPKAN!!!!

Thursday, January 1, 2015

Taklimat dan Pendaftaran Murid Tahun 1 2015

Pada 01/01/2015 (Khamis), satu taklimat dan pendaftaran murid tahun 1 bagi sesi 2015 telah diadakan di Dewan Terbuka SK Parit Jawa, Muar. Program ini bertujuan untuk menjelaskan hasrat sekolah kepada murid baru tahun 2015 serta menerangkan dengan lebih jelas tentang peraturan yang dijalankan di sekolah. Ibu bapa juga telah dijelaskan tentang Pentaksiran Berasaskan Sekolah yang telah disampaikan oleh Encik Mohd Bahrin bin Nordin selaku JU Kebangsaan.

 antara ibu bapa yang hadir

 Pn Hanita binti Jamil, GPK HEM menerangkan tentang peraturan sekolah

 En Mohd Bahrin bin Nordin, JU Kebangsaan menerangkan tentang Pentaksiran Berasaskan Sekolah

En Shohaimi bin Darindi, GPK Pentadbiran sebagai wakil Guru Besar memberikan ucapan
Murid dibawa melawat ke bilik-bilik khas di kawasan sekolah



Wednesday, January 22, 2014

PERATURAN PAKAIAN GURU

Dunia Muzik...: PERATURAN PAKAIAN GURU: Surat Pekeliling Iktisas Bil.6/1985 Peraturan Pakaian Guru di Sekolah/Pensyarah di Maktab Peguruan, Politeknik, Lain-lain Pegawai dan Kak...

SYARAT, KELAYAKAN SERTA KADAR KEMUDAHAN DALAM SIST...

Dunia Muzik...: SYARAT, KELAYAKAN SERTA KADAR KEMUDAHAN DALAM SIST...: Cuti Separuh Gaji Kemudahan cuti separuh gaji dalam Perintah Am 13(a) Bab ‘C’ diberi atas sebab-sebab kesihatan anak dan saudara y...

Wednesday, January 8, 2014

Mesyuarat Pengurusan


Bicara Pendidikan

Januari 2014- Majlis Pengetua Sekolah Menengah dan Majlis Besar Daerah Muar Ledang telah membuat edaran Bicara Pendidikan hasil inisiatif Pejabat Pendidikan Daerah Muar & Ledang untuk warga pendidikan. Besar harapan agar Bicara Pendidikan ini menjadi bahan pengetahuan, bacaan, dan renungan untuk warga pendidikan Daerah Muar dan Ledang, khususnya warga SK Parit Jawa. Puan Hajjah Nora bte Abdullah telah menyerahkan Bicara Pendidikan kepada setiap warga SKPJ dalam taklimat khas beliau.Bernama




Monday, April 29, 2013

Sejarah Sekolah

Sejarah Sekolah Kebangsaan Parit Jawa ini banyak bergantung kepada perkembangan Kampung Parit Jawa, Mukim Parit Jawa dan Pekan Parit Jawa. 
Mengikut kajian yang pernah dibuat Sejarah Parit Jawa bermula pada tahun 1885. Perkara ini dapat diterima mengikut catatan Buku "Pelayaran Munshi Ibrahim" yang mengatakan Parit Jawa telah dibuka oleh sekumpulan orang-orang Jawa yang diketuai oleh Tuan Hj. Abdul Jabar, yang kemudiannya dilantik menjadi penghulu. Setelah itu, ramailah orang-orang datang diam di sini. 
Waktu itu belum ada sekolah untuk kanak-kanak belajar dan kalau ada pun merupakan pondok atau madrasah sahaja. Ura-ura hendak mendirikan sebuah sekolah Melayu baru saja timbul dalam tahun 1925, setelah semangat untuk memberi pelajaran kepada anak-anak mereka mula berkobar-kobar. Kerajaan tidak berlengah-lengah lagi memilih pembinaan sekolah dalam tahun 1925.
Perkembangannya adalah seperti berikut. 
1925 - Sekolah Melayu Parit Jawa (P) 
1939 - Sekolah Melayu Parit Jawa (L) 
1948 - Sekolah Melayu Parit Jawa 
1960 - Sekolah Umum (L) Parit Jawa 
1974 - Sekolah Kebangsaan Parit Jawa 
             bangunan A dirobohkan 
1979 - Sekolah Kebangsaan Parit Jawa 
             bangunan baru  2 tingkat. 
2000- Mendapat bangunan tambahan 2 blok 4 tingkat




Thursday, September 13, 2012

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013-2025 RINGKASAN EKSEKUTIF

KUALA LUMPUR: Pelan Pembangunan Pendidikan (PPP) 2013-2025 yang dilancarkan sebentar tadi memberi tumpuan kepada usaha melahirkan pelajar yang mempunyai enam kualiti utama bagi menghadapi cabaran masa depan.
Antaranya adalah berpengetahuan, kemahiran berfikir, berkepimpinan, kebolehan bertutur dalam pelbagai bahasa, beretika dan memberi penekanan terhadap identiti Kebangsaan.
Laporan awal PPP 2013-2025 dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini, sebentar tadi.

Ringkasan Eksekutif
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...