Showing posts with label INFO SEKOLAH. Show all posts
Showing posts with label INFO SEKOLAH. Show all posts

Sunday, January 10, 2016

Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas, Ketua & Penolong Kelas dan Pustakawan

 Pada 10 Januari 2016, satu Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan Pengawas, Ketua & Penolong Kelas dan Pustakawan telah diadakan di Dewan Terbuka, SK Parit Jawa. Majlis ini telah disempurnakan oleh Pn Hjh Roszana binti Abd. Mutalib, guru besar SK Parit Jawa. 





Saturday, January 9, 2016

Projek Tuisyen Johor Corporation

Alhamdulillah bagi sesi persekolahan 2016, SK Parit Jawa, Muar sekali lagi mendapat tajaan Program Tuisyen  anjuran Johor Corporation. Penyerahan sijil telah dijalankan di Jabatan Pelajaran Negeri Johor pada 9 Januari 2016. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua guru SKPJ.




Thursday, December 31, 2015

Pendaftaran Murid Tahun 1 dan Pembelian Keperluan Sekolah 2016

Alhamdulillah... Pada 31 Disember 2015, SK Parit Jawa, Muar telah menerima pendaftaran murid baru bagi sesi persekolahan 2016. Pendaftaran dimulakan pada jam 8.30 pagi dengan pendaftaran, taklimat kepada ibu bapa tentang peraturan dan program yang dijalankan di sekolah dan kemudian murid-murid baru dibawa masuk ke kelas masing-masing.


Pendaftaran Murid Tahun 1


 Taklimat kepada ibu bapa dan penjaga di Dewan Terbuka SKPJ

 Murid beratur untuk masuk ke kelas masing-masing


 Guru Kelas Tahun 1 memberi panduan ringkas kepada murid baru

Pada hari yang sama juga, penjualan barang keperluan sekolah telah dijalankan bagi murid Tahun 2-6 di Bilik Reka Bentuk & Teknologi dan Bilik Sains.







Friday, December 13, 2013

Visi Misi

Visi dan Misi SKPJ


VISI
PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA

MISI
MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBAGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA


HURAIAN MISI DAN VISI

MEMBANGUNKAN POTENSI : Dengan Memberikan Perkhidmatan untuk membangunkan potensi individu atau murid Sepenuhnya. 

INDIVIDU : Pelanggan utama KPM ialah Individu di Malaysia bermula dari peringkat :
-sebelum pra
-Pra-sekolah
-Persekolahan (Tahun 1 sehingga tingkatan 6 / matrikulasi) 

BAGAIMANA CARANYA : Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti Sebagai Strategi Untuk Pembinaan Insan Yang Baik, Seimbang dan Bersepadu Untuk Menjayakan Hasrat dan Cita-Cita Negara.

SEKOLAH :
•Sekolah Merupakan Institusi Pendidikan Yang Menjadi Fokus Utama Pendidikan.
• Menjadi Gelanggang / Pentas Utama Berlakunya P&P 

UNGGUL :
• Perkataan Ini Membawa Maksud Terkehadapan Atau Yang Paling Utama
•Sekolah Unggul Bermaksud Sekolah Yang Paling Terkehadapan atau Satu- Satunya Yang Cemerlang.
•Sekolah Unggul Mampu Menjana Modal Insan Yang Terbilang.

 GENERASI TERBILANG :
•Generasi Terbilang Bermaksud Generasi Yang Memiliki Ciri-Ciri Seperti Berilmu Pengetahuan Tinggi, Berkemahiran Dan Berketrampilan Dan Nilai- Etika Terpuji Yang Boleh Menyumbang Kepada Negara.
•Generasi Terbilang Merupakan “Outcomes” Atau Hasil Terakhir Yang Ingin Dicapai Dari Sistem Pendidikan Malaysia Yang Unggul


KESIMPULAN :
•Sekolah Unggul Mampu Menjana Modal Insan Yang Terbilang.
•“Output” Dari Sistem Pendidikan Atau Sekolah Hanya Boleh Diukur Dalam Masa Yang Panjang.
• Nilai-Nilai Setiap Individu Semasa Persekolahan Hanya Boleh Dilihat Apabila Mereka Menjadi Sebahagian Daripada Masyarakat Umum.
• Kesilapan Seorang Doktor Bedah Boleh Hilangkan Satu Nyawa, Tetapi Silap Seorang Pendidik Boleh Hilangkan Satu Generasi. (Renung-renungkanlah Dan Selamat Beramal….)

Monday, April 29, 2013

Sejarah Sekolah

Sejarah Sekolah Kebangsaan Parit Jawa ini banyak bergantung kepada perkembangan Kampung Parit Jawa, Mukim Parit Jawa dan Pekan Parit Jawa. 
Mengikut kajian yang pernah dibuat Sejarah Parit Jawa bermula pada tahun 1885. Perkara ini dapat diterima mengikut catatan Buku "Pelayaran Munshi Ibrahim" yang mengatakan Parit Jawa telah dibuka oleh sekumpulan orang-orang Jawa yang diketuai oleh Tuan Hj. Abdul Jabar, yang kemudiannya dilantik menjadi penghulu. Setelah itu, ramailah orang-orang datang diam di sini. 
Waktu itu belum ada sekolah untuk kanak-kanak belajar dan kalau ada pun merupakan pondok atau madrasah sahaja. Ura-ura hendak mendirikan sebuah sekolah Melayu baru saja timbul dalam tahun 1925, setelah semangat untuk memberi pelajaran kepada anak-anak mereka mula berkobar-kobar. Kerajaan tidak berlengah-lengah lagi memilih pembinaan sekolah dalam tahun 1925.
Perkembangannya adalah seperti berikut. 
1925 - Sekolah Melayu Parit Jawa (P) 
1939 - Sekolah Melayu Parit Jawa (L) 
1948 - Sekolah Melayu Parit Jawa 
1960 - Sekolah Umum (L) Parit Jawa 
1974 - Sekolah Kebangsaan Parit Jawa 
             bangunan A dirobohkan 
1979 - Sekolah Kebangsaan Parit Jawa 
             bangunan baru  2 tingkat. 
2000- Mendapat bangunan tambahan 2 blok 4 tingkat




Sunday, February 12, 2012

LOGO SEKOLAH


Bunga padi - melambangkan perlunya penghayatan dalam ilmu dan agama.
Roda berwarna merah - melambangkan keberanian, kesungguhan dan cita-cita dalam usaha menuntut ilmu.
Obor yang menyala - melambangkan harapan masa depan yang sentiasa cerah menyinari warga SKPJ menuju kejayaan.
Latar bewarna kuning - melambangkan kedaulatan diraja.
Buku bewarna putih melambangkan ilmu pengetahuan.

LAGU SEKOLAH


LAGU SEKOLAH

Bersatu dan berusaha,
Capaikan hasrat mulia,
Menuntut ilmu tanpa rasa jemu,
Dengan semangat padu,
Sentiasa kita bersedia,
Berusaha hingga berjaya,
Kecemerlangan dan berkualiti,
Moga tercapai niat murni,
Berilmu beramal berbudi berbakti,
Jadikanlah pegangan diri,
Taat perintah Allah,
Hormat guru dan ibubapa,
Marilah bersama tuntut ilmu semua,
Ilmu suluh hidup kita,
Sentiasa kita bersedia,
Berusaha hingga berjaya,
Kecemerlangan dan berkualiti,
Moga tercapai niat murni,
Sayangilah sekolah kita.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...