Thursday, January 1, 2015

Taklimat dan Pendaftaran Murid Tahun 1 2015

Pada 01/01/2015 (Khamis), satu taklimat dan pendaftaran murid tahun 1 bagi sesi 2015 telah diadakan di Dewan Terbuka SK Parit Jawa, Muar. Program ini bertujuan untuk menjelaskan hasrat sekolah kepada murid baru tahun 2015 serta menerangkan dengan lebih jelas tentang peraturan yang dijalankan di sekolah. Ibu bapa juga telah dijelaskan tentang Pentaksiran Berasaskan Sekolah yang telah disampaikan oleh Encik Mohd Bahrin bin Nordin selaku JU Kebangsaan.

 antara ibu bapa yang hadir

 Pn Hanita binti Jamil, GPK HEM menerangkan tentang peraturan sekolah

 En Mohd Bahrin bin Nordin, JU Kebangsaan menerangkan tentang Pentaksiran Berasaskan Sekolah

En Shohaimi bin Darindi, GPK Pentadbiran sebagai wakil Guru Besar memberikan ucapan
Murid dibawa melawat ke bilik-bilik khas di kawasan sekolah



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...