Saturday, 31 January 2015

Merentas Desa peringkat sekolah

Pada 31 Januari 2015 (Sabtu), satu program larian merentas desa peringkat sekolah telah diadakan. Program tersebut turut disertai oleh peserta dari SJKC Kwang Wahyu sebagai peserta jemputan. Program bermula pada pukul 8.00 pg dan berakhir pada jam 12 tgh hari. Tahniah dan syabas kepada semua yang telah bersama-sama menjayakan program ini.






Tuesday, 20 January 2015

Program Transisi Tahun 1 2015

Program Transisi bagi murid tahun 1 2015 telah diadakan selama 3 minggu. Pelbagai aktiviti telah disediakan untuk program ini. Antaranya melawat ke pusat sumber, melawat ke bilik-bilik khas yang lain, mewarna, mengira, menyanyi dan sebagainya.




Sunday, 18 January 2015

Pertandingan Menghias Kelas

Antara kelas yang dihias dengan cantik dan menarik...







Antara guru kelas yang telah memenangi pertandingan menghias kelas...








TAHNIAH DAN SYABAS DIUCAPKAN!!!!

Wednesday, 7 January 2015

Misi Kemanusiaan dan Bantuan Banjir di Kelantan

Awal persekolahan 2015, kita telah dikejutkan dengan berita banjir besar yang telah merosakkan beberapa tempat di Pantai Timur, Malaysia. Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin kita bertanggungjawab untuk sama-sama membantu meringankan beban walaupun bantuan yang diberi itu tidak seberapa. Warga SK Parit Jawa juga tidak terlepas dalam memberikan bantuan tersebut. Antara sumbangan yang telah dapat dikumpulkan berupa barang keperluan asas, pakaian, dapur gas, makanan segera dan sejumlah wang. Semoga sumbangan ini dapatlah sedikit sebanyak meringankan beban mereka yang ditimpa musibah tersebut.





Thursday, 1 January 2015

Taklimat dan Pendaftaran Murid Tahun 1 2015

Pada 01/01/2015 (Khamis), satu taklimat dan pendaftaran murid tahun 1 bagi sesi 2015 telah diadakan di Dewan Terbuka SK Parit Jawa, Muar. Program ini bertujuan untuk menjelaskan hasrat sekolah kepada murid baru tahun 2015 serta menerangkan dengan lebih jelas tentang peraturan yang dijalankan di sekolah. Ibu bapa juga telah dijelaskan tentang Pentaksiran Berasaskan Sekolah yang telah disampaikan oleh Encik Mohd Bahrin bin Nordin selaku JU Kebangsaan.

 antara ibu bapa yang hadir

 Pn Hanita binti Jamil, GPK HEM menerangkan tentang peraturan sekolah

 En Mohd Bahrin bin Nordin, JU Kebangsaan menerangkan tentang Pentaksiran Berasaskan Sekolah

En Shohaimi bin Darindi, GPK Pentadbiran sebagai wakil Guru Besar memberikan ucapan
Murid dibawa melawat ke bilik-bilik khas di kawasan sekolah



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...