Tuesday, April 22, 2014

Jom Membaca

PROGRAM JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT
Kepada pengunjung yang dihormati, anda semua dijemput untuk bersama-sama menjayakan Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit pada Selasa, 22 April 2014 jam 10.00 pagi hingga 10.10 pagi.


Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit/Let’s Read Together For 10 Minutes (LRT) merupakan langkah besar-besaran Perpustakaan Awam Negeri-negeri dalam memacu masyarakat ke arah minat membaca sekaligus menjadikan Perpustakaan Awam Negeri-negeri Se-Malaysia relevan dalam kehidupan masyarakat seharian.

Program ini akan dilaksanakan SECARA SERENTAK di seluruh negara pada Selasa, 22 April 2014 jam 10.00 pagi. Mengambil inspirasi dari konsep Earth Hour, pada hari berkenaan rakyat Malaysia akan BERHENTI SEBENTAR DAN MEMBACA BERSAMA-SAMA SELAMA 10 MINIT.

Program ini merupakan langkah pertama ke arah menjenama inisiatif membaca dengan tujuan menjadikan perpustakaan sebuah organisasi yang relevan dalam pendidikan selepas waktu persekolahan (school after school) dan melahirkan masyarakat generasi muda yang mencintai ilmu, berakhlak mulia, mentaati agama serta berkemahiran yang tinggi.

sumber dari http://www.ppas.gov.my/

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...