Sunday, 16 March 2014

Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) secara offline

 



Kerajaan akan mengumumkan penambahbaikan Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) pada Selasa depan.

Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sistem PBS telah pun diperbaiki dan bakal mengurangkan beban kerja guru yang menjadi pertikaian sebelum ini.

"Guru-guru tidak lagi perlu ke atas talian untuk memuat naik data tetapi boleh menyimpan secara offline," kata beliau ketika berucap di Sekolah Tinggi Kajang hari ini.

"Menurut Muhyiddin penambahbaikan ini adalah hasil kerja beliau yang turun ke bawah untuk mendengar masalah guru-guru yang terkesan.

"Maklumat lanjut akan diumumkan 18 Mac ini kata beliau.

"Bulan lalu, kementerian Pendidikan telah menggantung implementasi PBS setelah pelbagai rungutan diterima daripada kesatuan guru dan pentadbir sekolah lantaran beban kerja terlampau.

PBS diperkenalkan pada 2011 dan memansuhkan peperiksaan tahunan yang selama ini dihadapi pelajar termasuk Penilaian Menengah Rendah dan Ujian Bersepadu Sekolah Rendah.

(sumber :  http://m.malaysiakini.com/news/257262 )

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...