Friday, December 13, 2013

Visi Misi

Visi dan Misi SKPJ


VISI
PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA

MISI
MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBAGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA


HURAIAN MISI DAN VISI

MEMBANGUNKAN POTENSI : Dengan Memberikan Perkhidmatan untuk membangunkan potensi individu atau murid Sepenuhnya. 

INDIVIDU : Pelanggan utama KPM ialah Individu di Malaysia bermula dari peringkat :
-sebelum pra
-Pra-sekolah
-Persekolahan (Tahun 1 sehingga tingkatan 6 / matrikulasi) 

BAGAIMANA CARANYA : Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti Sebagai Strategi Untuk Pembinaan Insan Yang Baik, Seimbang dan Bersepadu Untuk Menjayakan Hasrat dan Cita-Cita Negara.

SEKOLAH :
•Sekolah Merupakan Institusi Pendidikan Yang Menjadi Fokus Utama Pendidikan.
• Menjadi Gelanggang / Pentas Utama Berlakunya P&P 

UNGGUL :
• Perkataan Ini Membawa Maksud Terkehadapan Atau Yang Paling Utama
•Sekolah Unggul Bermaksud Sekolah Yang Paling Terkehadapan atau Satu- Satunya Yang Cemerlang.
•Sekolah Unggul Mampu Menjana Modal Insan Yang Terbilang.

 GENERASI TERBILANG :
•Generasi Terbilang Bermaksud Generasi Yang Memiliki Ciri-Ciri Seperti Berilmu Pengetahuan Tinggi, Berkemahiran Dan Berketrampilan Dan Nilai- Etika Terpuji Yang Boleh Menyumbang Kepada Negara.
•Generasi Terbilang Merupakan “Outcomes” Atau Hasil Terakhir Yang Ingin Dicapai Dari Sistem Pendidikan Malaysia Yang Unggul


KESIMPULAN :
•Sekolah Unggul Mampu Menjana Modal Insan Yang Terbilang.
•“Output” Dari Sistem Pendidikan Atau Sekolah Hanya Boleh Diukur Dalam Masa Yang Panjang.
• Nilai-Nilai Setiap Individu Semasa Persekolahan Hanya Boleh Dilihat Apabila Mereka Menjadi Sebahagian Daripada Masyarakat Umum.
• Kesilapan Seorang Doktor Bedah Boleh Hilangkan Satu Nyawa, Tetapi Silap Seorang Pendidik Boleh Hilangkan Satu Generasi. (Renung-renungkanlah Dan Selamat Beramal….)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...