Sunday, 5 May 2013

UJIAN PERTENGAHAN PENGGAL 1 TAHUN 4,5 DAN 6 & PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH TAHUN 1,2 DAN 3 / 2013



Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.  Sukacita dimaklumkan semua murid tahun 4,5 dan 6, akan menjalani Peperiksaan Pertengahan Tahun, manakala murid tahun 1, 2 dan 3 akan menjalani Pentaksiran Berasaskan Sekolah bermula pada 13, 14, 15 dan 17 mei 2013. Manakala pada 16 Mei 2013 peperiksaan ditangguhkan bagi  Sambutan Hari Guru 2013.

3.  Sehubungan dengan itu, saya memohon tuan agar memastikan anak tuan mengulangkaji pelajaran dan dapat hadir pada tarikh tersebut dengan kelengkapan peralatan peperiksaan yang diperlukan. Sekiranya, anak tuan/puan tidak dapat hadir pada tarikh ujian tersebut, sila maklumkan pada pihak sekolah.

4.  Bersama ini disertakan lampiran jadual Ujian sebagai rujukan tuan. Sekian untuk makluman dan tindakan tuan selanjutnya. Sekian, terima kasih.


 " BERKHIDMAT UNTUK NEGARA "

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...