Saturday, February 18, 2012

Bengkel Bijak Sifir Alif



Parit Jawa, 18 Februari - Bertempat di dewan seminar SK Parit Jawa, Muar, satu program Bijak Sifir Alif telah diadakan. Program ini diadakan bertujuan untuk memantapkan lagi kemahiran asas matematik dikalangan pelajar. Hampir 100 orang pelajar yang terdiri dari pelajar Tahun 4, 5 dan 6 telah menghadiri program tersebut.


Program ini memperkenalkan kaedah Garis dan Butang dimana ianya sangat berguna bagi memudahkan pelajar menyelesaikan soalan yang melibatkan pendaraban. Menurut penceramah program ini En Ab Rahim bin Ab Samad, program ini akan lebih berkesan jika disertai dari peringkat awal iaitu peringkat prasekolah dan tahap satu.Ini kerana program sebegini memerlukan latihan lanjut dan asas yang kukuh. Maklum balas dari pelajar yang mengikuti program tersebut amatlah memberangsangkan. Program ini bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir jam 12.30 tgh hari.

 bahan yang pelajr dapat dari program ini

antara pelajar yang mengikuti program ini
murid yang lemah diberi bimbingan oleh fasilitator

makanan juga disediakan

Semoga pelajar yang mengikuti program ini dapat menggunakan ilmu yang diperolehi dengan bermanfaat...


1 comment:

  1. Terbaik dan terkilan sebab tidak dapat turut serta.....Tahniah warga SKPJ.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...