Pada 9 Mei 2013, tepat jam 9.00 pagi, Jawatankuasa Keselamatan Sekolah Kebangsaan Parit Jawa telah mengadakan latihan kebakaran. Latihan ini diadakan bertujuan untuk melatih warga SK Parit Jawa supaya bersiap sedia setiap masa jika berlaku kecemasan.Beberapa teguran bagi penambahbaikan telah diberi, antaranya masa yang diambil untuk ke tempat berkumpul terlalu lama (5 minit ++), laluan yang digunakan tidak mengikut pelan tindakan dan tidak menutup suis lampu dan kipas. Walaubagaimanapun , segala yang dirancang berjalan dengan lancar dan tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. Tahniah..
Murid menuju ke tempat berkumpul.
Murid berkumpul mengikut kelas untuk diambil kehadiran
Murid berbaris dan duduk mengikut kelas.
Laporan oleh Jawatankuasa Pencatat
Barisan guru yang turut sama menjayakan Latihan Kebakaran Kali- 1
Jawatankuasa kawalan murid menguruskan murid setelah selesai latihan