Thursday, March 30, 2017

PELANCARAN MINGGU ANTI DADAH PERINGKAT SEKOLAH

Pelancaran Minggu Anti Dadah Peringkat Sekolah telah dilaksanakan 
pada hari Khamis (30.3.2017) jam 8.30 pagi.

Dirasmikan oleh Guru Besar, Pn Hjh Roszana bt Abd Mutalib


Replika rokok dibakar sebagai simbolik bahayanya menghisap rokok



WARGA SKPJ BENCI DADAH!!

Wednesday, March 29, 2017

SELAMAT BERTUGAS DI SEKOLAH BARU

Ustaz Mohs Syafiq bin Abu Hanipah bertukar ke SJKT Jalan Khalidi, Muar

En Mod Razi bertukar ke SK Sri Jong, Muar

Selamat berugas di sekolah baru. Jangan lupakan kami di SKPJ..😉😉

Saturday, March 25, 2017

TEMPAT KETIGA MSSM KRIKET 2017


TAHNIAH dan SYABAS diucapkan kepada pemain kriket sekolah iaitu adik Mohd Aiman Nazmi bin Esa yang telah mewakili Johor dalam pertandingan Kriket MSSM peringkat kebangsaan dan mendapat tempat ketiga.

Friday, March 17, 2017

DALAM KENANGAN



Telah kembali ke Rahmatullah seorang guru prasekolah SK Parit Jawa, iaitu Puan Saadiah bt Adnan pada 16 Mac 2017 (Khamis) akibat serangan jantung.

Kita sama-sama doakan moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang- orang yang beriman.Aamiin..insha Allah..

Segala khidmat bakti dan jasa beliau dalam mendidik anak- anak Prasekolah SK Parit Jawa akan dikenang sampai bila- bila.

Al- fatihah. 


Monday, March 13, 2017

LAWATAN PENANDA ARAS DARI SK DATO KERAMAT 2

SK Dato Keramat 2, Kuala Lumpur telah membuat lawatan penanda aras ke SK Parit Jawa pada 12 Mac 2017.

Semoga dengan lawatan ini dapat memberikan impak yang positif kepada kedua- dua pihak selain dapat bertukar idea demi meningkatkan pencapaian akademik dan kokurikulum sekolah masing- masing.☺☺

Jumpa lagi dilain masa dan kesempatan.























Wednesday, March 8, 2017

GOTONG- ROYONG BERSAMA MAJLIS PERBANDARAN MUAR (MPM)

Menanam pokok di sekitar padang sekolah




Mengecat kawasan pagar sekitar padang sekolah



Terima kasih diucapkan kepada pihak Majlis Perbandaran Muar kerana sedia bekerjasama dalam aktiviti pembersihan sekitar padang SK Parit Jawa.

GOTONG- ROYONG PERDANA BERSAMA IBU BAPA

Terima kasih diucapkan kepada semua guru dan ibu bapa yang turut serta dalam aktiviti gotong royong yang dijalankan oleh pihak sekolah.


Membersihkan dan mengecat kelas







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...