Thursday, May 9, 2013

LATIHAN KEBAKARAN KALI PERTAMA 2013

Pada 9 Mei 2013, tepat jam 9.00 pagi, Jawatankuasa Keselamatan Sekolah Kebangsaan Parit Jawa telah mengadakan latihan kebakaran. Latihan ini diadakan bertujuan untuk melatih warga SK Parit Jawa supaya bersiap sedia setiap masa jika berlaku kecemasan.Beberapa teguran bagi penambahbaikan telah diberi, antaranya masa yang diambil untuk ke tempat berkumpul terlalu lama (5 minit ++), laluan yang digunakan tidak mengikut pelan tindakan dan tidak menutup suis lampu dan kipas. Walaubagaimanapun , segala yang dirancang berjalan dengan lancar dan tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. Tahniah..

 Murid menuju ke tempat berkumpul.
 Murid berkumpul mengikut kelas untuk diambil kehadiran

Murid berbaris dan duduk mengikut kelas.

 Laporan oleh Jawatankuasa Pencatat

  
 Barisan guru yang turut sama menjayakan Latihan Kebakaran Kali- 1


Jawatankuasa kawalan murid menguruskan murid setelah selesai latihan



Sunday, May 5, 2013

UJIAN PERTENGAHAN PENGGAL 1 TAHUN 4,5 DAN 6 & PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH TAHUN 1,2 DAN 3 / 2013



Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.  Sukacita dimaklumkan semua murid tahun 4,5 dan 6, akan menjalani Peperiksaan Pertengahan Tahun, manakala murid tahun 1, 2 dan 3 akan menjalani Pentaksiran Berasaskan Sekolah bermula pada 13, 14, 15 dan 17 mei 2013. Manakala pada 16 Mei 2013 peperiksaan ditangguhkan bagi  Sambutan Hari Guru 2013.

3.  Sehubungan dengan itu, saya memohon tuan agar memastikan anak tuan mengulangkaji pelajaran dan dapat hadir pada tarikh tersebut dengan kelengkapan peralatan peperiksaan yang diperlukan. Sekiranya, anak tuan/puan tidak dapat hadir pada tarikh ujian tersebut, sila maklumkan pada pihak sekolah.

4.  Bersama ini disertakan lampiran jadual Ujian sebagai rujukan tuan. Sekian untuk makluman dan tindakan tuan selanjutnya. Sekian, terima kasih.


 " BERKHIDMAT UNTUK NEGARA "
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...